setia hujung nyawa
Thursday, 7 February 2013 | 0 comments
Assalamualaikum..
Hai semua, semoga semuanya selamat & sentiasa setia di sisi.. Setia Hujung Nyawa, siapa ada tengok slot Akasia TV3 jam 7ptg yang bermula semalam? Haa, aku adalah salah seorang penontonnya.. Okey, cerita ni adalah adaptasi dari sebuah novel hasil tulisan Fatin Nabila keluaran Alaf21.. Dari segi jalan cerita dalam novel ni memang agak menarik. Aku dah pernah baca dulu dan tak sabar nak menanti babak-babak seterusnya dalam drama kat tv ni..
Okey, kat sini ada kepilkan sinopsis yang tercatat kat belakang novel tu :
| Novel Setia Hujung Nyawa |
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu untuk menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencntainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan keguguran. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga hujung nyawa..
| pelakon-pelakon drama ni (google image) |
Nelydia Senrose sebagai Ersalina dan Amar Asyraf sebagai Zain merupakan teraju utama dalam Drama Setia Hujung Nyawa ni.. Semalam tengok episod 1 dan result dia.... nak tengok lagi.. Hehehehe,
Hakikatnya Novel Setia Hujung Nyawa ni Best! Drama dia..erm belum tahu lagi, kena lah tengok sampai habis dulu.. Selalunya terbitan Suhan Movies ni tak pernah mengecewakan :)
Selamat menonton & moga terhibur
terima kasih membaca :* ▲ Y Rツ▼



